Sunday, November 24, 2013
Makanan Tambahan untuk arnab
Ini la orang panggil rumpur Israel. Jangan Tanya aku kenapa. Mungkin rumput ni dari Israel kut.
Apa pun, ini antara tumbuhan yang arnab suka makan. Jangan bagi makan dedak/pallet arnab saja. Kena jugak bagi makan benda-benda yang berserat. Sama la macam kita manusia ni. Untuk kesihatan jugak tu, penting bagi perut arnab.
Selain dari rumput Israel ni, aku jugak bagi makan tumbuh-tumbuhan lain. Aku bagi kulit jagung. INi senang dapat sebab orang sebelah aku yang berniaga pasar malam jual jagung rebus/bakar. Lepas dia dah habis niaga, aku kutip sikit. Bukan saja jimat duit dan senang, tapi kira berbakti pada alam sekitar jugak woo. Dan lagi, jangan sangka aku tak ada saingan. Ada ramai orang lain yang kutip sisa kulit jagung ni. Kebanyakkan dia orang bela lembu.
Selain dari itu, aku jugak tanam buluh madu. Ini pun untung jugak. Dah laa rebung boleh makan, daun dia plak boleh buat makanan arnab. Si rabbit ni pun cukup suka kalau dapat daun buluh. Cara ni aku blajar dari orang Siam. Bila difikirkan balik, buluh tu pun memang rumput. Tapi dari spesis rumput gergasi. Dan, arnab memang makan rumput.
Taik arnab yg makan rumpur/tumbuhan ni sama ja warna dengan yang makan dedak. Haa, cakap pasal taik arnab ni, korang pernah bakar tak taik dia? Aku dah try, dan mmg terbakar hangus tinggal debu. Api dia tak la bernyala macam dapur masak tu, tapi lebih pada sekam padi(makan dalam beb). Aku campur dengan tanah, buat baja organic.
Ok, balik pada rumput Israel. Dulu, masa aku mula-mula bela arnab ni, tercari-cari apa benda rumput Israel ni. Rupa-rupanya, tumbuhan ni tumbuh menjalar di merata-rata tempat. Kalau kat area rumah aku, di Bayan Lepas ni, memang tak susah. Tepi traffic light Bukit Ayun/Sg Ara/Sunway Tunas tu dipenuhi dengan tumbuhan ni.
Allah Maha Besar, dulu, depan rumah aku, yang tumbuh rumput liar, tapi bila aku perasan aku start kutip bagi arnab aku makan. Masyaallah, semakin lama, semakin banyak rumput Israel ni tumbuh. Sekarang dah take over, hampir 100% tumbuhan yang hidup di ruang tanah lapang depan rumah aku ni, rumput Israel. Dah tak payah penant-penat cari rumput Israel ni.
Selain dari rumput ni, antara tumbuhan hijau paling baik untuk arnab ialah Pecah Beling a.k.a. Black Face General. Nak tau apa, camna nak dapat? camna nak tanam? tunggu next entry
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Entry sambungan Pecah Beling a.k.a. Black Face General mana ye Tuan? Saya tak jumpa?
ReplyDeleteBoleh pm utk maklumat lanjut
ReplyDelete