Monday, November 4, 2013
Intro..
Bismillahirahmanirahim..
Dah lama nak buat blog, tapi banyak sangat alasan. Apa pun, blog ni bukan setakat rujukan dan rekod untuk aku seorang, tapi boleh dilihat dan mungkin membantu orang lain.
Aku memang dari kecik minat pada binatang-binatang ni, dan memori aku yang terawal (dalam umur 3 tahun lebih), aku sauk ikan di rumah arwah tok aku di Kampung Bunga Emas. Umur 7 tahun aku dah biak ikan laga di Taman Siakap, Seberang Jaya, Pulau Pinang. Kawan baik aku - Cik Tam, kucing kampung.
Bercita-cita nak jadi doktor haiwan, tapi masuk form 4, silap masuk aliran. Jadi la aku seorang Ekskutif Sumber Manusia yang menguruskan hal ehwal manusia.
Sekrang dah hampir 2 tahun lebih aku mula ceburi bidang ternakan dan perniagaan arnab. Masih banyak ilmu aku kena cari dan belajar.
Arnab yang terawal aku dapat dari baka Turkey Anggora, diberi oleh bapa saudara aku yang beli benih dari breder di Setiawan. Dia kata pure, tapi, bila dah lama-lama belajar selok belok, aku nampak macam mix saja. Apa pun tak kisah, sebab aku suka dekat arnab ni.
Ni antara kitten yang terawal.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment