Friday, December 6, 2013

Sunday, November 24, 2013

Makanan Tambahan untuk arnab

Ini la orang panggil rumpur Israel. Jangan Tanya aku kenapa. Mungkin rumput ni dari Israel kut. Apa pun, ini antara tumbuhan yang arnab suka makan. Jangan bagi makan dedak/pallet arnab saja. Kena jugak bagi makan benda-benda yang berserat. Sama la macam kita manusia ni. Untuk kesihatan jugak tu, penting bagi perut arnab. Selain dari rumput Israel ni, aku jugak bagi makan tumbuh-tumbuhan lain. Aku bagi kulit jagung. INi senang dapat sebab orang sebelah aku yang berniaga pasar malam jual jagung rebus/bakar. Lepas dia dah habis niaga, aku kutip sikit. Bukan saja jimat duit dan senang, tapi kira berbakti pada alam sekitar jugak woo. Dan lagi, jangan sangka aku tak ada saingan. Ada ramai orang lain yang kutip sisa kulit jagung ni. Kebanyakkan dia orang bela lembu. Selain dari itu, aku jugak tanam buluh madu. Ini pun untung jugak. Dah laa rebung boleh makan, daun dia plak boleh buat makanan arnab. Si rabbit ni pun cukup suka kalau dapat daun buluh. Cara ni aku blajar dari orang Siam. Bila difikirkan balik, buluh tu pun memang rumput. Tapi dari spesis rumput gergasi. Dan, arnab memang makan rumput. Taik arnab yg makan rumpur/tumbuhan ni sama ja warna dengan yang makan dedak. Haa, cakap pasal taik arnab ni, korang pernah bakar tak taik dia? Aku dah try, dan mmg terbakar hangus tinggal debu. Api dia tak la bernyala macam dapur masak tu, tapi lebih pada sekam padi(makan dalam beb). Aku campur dengan tanah, buat baja organic. Ok, balik pada rumput Israel. Dulu, masa aku mula-mula bela arnab ni, tercari-cari apa benda rumput Israel ni. Rupa-rupanya, tumbuhan ni tumbuh menjalar di merata-rata tempat. Kalau kat area rumah aku, di Bayan Lepas ni, memang tak susah. Tepi traffic light Bukit Ayun/Sg Ara/Sunway Tunas tu dipenuhi dengan tumbuhan ni. Allah Maha Besar, dulu, depan rumah aku, yang tumbuh rumput liar, tapi bila aku perasan aku start kutip bagi arnab aku makan. Masyaallah, semakin lama, semakin banyak rumput Israel ni tumbuh. Sekarang dah take over, hampir 100% tumbuhan yang hidup di ruang tanah lapang depan rumah aku ni, rumput Israel. Dah tak payah penant-penat cari rumput Israel ni. Selain dari rumput ni, antara tumbuhan hijau paling baik untuk arnab ialah Pecah Beling a.k.a. Black Face General. Nak tau apa, camna nak dapat? camna nak tanam? tunggu next entry
Dalam Kenangan:
Baru beranak, sebab kami tak percaya sangat dekat Ibu masa awal dia lahir anak, kena pegang. Anak dia asingkan, cuma ambil ibu untuk menyusu anak sehari sekali
Antara lain

Ibu Arnab Buat Sarang

Rabbit di amore:
Ibu Arnab ni (nama timangan pun ibu) antara paling baik. Pandai jaga arnab. Sekarang bulan Nov 2013, umur dah masuk 3 tahun. Gambar ni gambar sarang baru dibuat dari rumput dan bulu. Anak arnab baru beberapa jam dilahirkan. Aku nak cerita pasal arnab mengandung, nak lahir anak apa semua.. rasanya tak perlukut, sebab dah banyak orang tulis tentang arnab yang nak melahirkan anak ni. Cuma aku boleh tambah ialah, tak semua ibu arnab tahujaga anak. Ada setengahnya, memang akan makan anak dia tak kira tertekan atau tidak. Ada orang yang bagitau aku, dah memang jenis dia suka makan anak sendiri. Kira, kategori jahat jugak laa. Jalan terbaik- aku sembelih dan daging buat lauk hari raya. Jamu sedara mara.

Monday, November 4, 2013

Intro..

Bismillahirahmanirahim.. Dah lama nak buat blog, tapi banyak sangat alasan. Apa pun, blog ni bukan setakat rujukan dan rekod untuk aku seorang, tapi boleh dilihat dan mungkin membantu orang lain. Aku memang dari kecik minat pada binatang-binatang ni, dan memori aku yang terawal (dalam umur 3 tahun lebih), aku sauk ikan di rumah arwah tok aku di Kampung Bunga Emas. Umur 7 tahun aku dah biak ikan laga di Taman Siakap, Seberang Jaya, Pulau Pinang. Kawan baik aku - Cik Tam, kucing kampung. Bercita-cita nak jadi doktor haiwan, tapi masuk form 4, silap masuk aliran. Jadi la aku seorang Ekskutif Sumber Manusia yang menguruskan hal ehwal manusia. Sekrang dah hampir 2 tahun lebih aku mula ceburi bidang ternakan dan perniagaan arnab. Masih banyak ilmu aku kena cari dan belajar. Arnab yang terawal aku dapat dari baka Turkey Anggora, diberi oleh bapa saudara aku yang beli benih dari breder di Setiawan. Dia kata pure, tapi, bila dah lama-lama belajar selok belok, aku nampak macam mix saja. Apa pun tak kisah, sebab aku suka dekat arnab ni. Ni antara kitten yang terawal.